Tips membuat assignment
Perkara pertama yang harus dikirkan ialah berkenaan
dengan tajuk tugasan. Sekiranya tajuk telah diberikan maka kita tiada pilihan.
Tetapi seandainya tajuk itu bebas, maka kita pilihlah tajuk atau isu yang kita
sukabaca.
Membuat
tugasan semestinya memerlukan kepada pembacaan. Sekiranya isu yang kita pilih, kita sangat menyukainya maka masalah mencari
bahan bacaan tidak menjadi masalah .
Kita ambil
contoh, kita diberikan tugasan untuk menulis tentang sesuatu dasar kerajaan. Di
sini kita carilah dasar apakah yang menjadi sekukaan kita untuk membacanya. Bayak
dasar-dasar kerajaan yang telah dilaksanakan. Antaranya, Dasar Bersih, Cekap
dan Amanah; Dasar Ekonomi Baru; Dasar Pengswastaan dan berbagai-bagai dasar
lagi
Menjadi pelajar
pada zaman ini tidak lah sepayah dulu dimana tiada peralatan yang canggih dan
moden. Sekarang maklumat di hujung jari anda. Buat carian memalui internet dan
juga membuat rujukan buku di perpustakaan.
Seorang pensyarah
mungkin tidak menyukai sekiranya semua rujukan berdasarkan ‘website atau akhbar
semata-mata so kalau boleh biar ada buku atau artikel dari mana-mana jernal
sebagai rujukan.
Rujukan sekurang-kurangnya
10 dan keatas baru di katan memadai tetapi sekiranya kurang daripada itu pun
boleh tetapi maklumat yang kita dapat mugkin kurang dan susah bagi kita untuk
mengolah ayat.
Selepas kita
dapat semua rujukan yang kita rasa cukup, baru lah kita mula dengan membuat
rangka atau garis panduan. Contoh yang
boleh saya berikan
- Pengenalan
- Tujuan dan Objektif
- Pencampaian dan Keberkesanan (setiap
maklumat atau fakta perlu nyatakan sumber dimana kita dapat dan jgan lupa tulis
di dalam rujukan)
- Kelemahan
- Cadangan penambahbaikan
- Kesimpulan
- Rujukan
Pastikan setiap perkataan dan tatabahasa di tulis
dengan betul yang perlu di jarak atau di besarkan atau di noktoh atau di koma
Pastikan kita membaca beberapa kali dan pastikan tiada
kesalahan ejaan pada setiap ayat yang kita buat.
Pastikan perkataan inggeris atau lain-lain bahasa yang
di pakai seharusnya di bezakan.
Jangan tegopohgapah untuk membuat kesimpulan. Di sini
ramai yang membuat salah dengan membuat hanya beberapa baris sahaja bagi
kesimpulan. Sememangnya kesimpulah harus merangkumi semua maklumat yang kita
dapat dan tulis dalam kertas kerja yang telah kita buat.
Muka hadapan di buat mestilah kemas rigkas dan padat
dengan maklumat yang sepatutnya contohnya :-
Nama
mata pelajaran
Tajuk
tugasan
Nama
penuh dan no. matrik
Nama
pensyarah
Tarikh
serahan
Akhir sekali baru kita kemaskan lagi dengan plastic cover di bahagian luar dan di binding kemas. Jikalau kita guna stapler perlu di tutup denga tape bewarna hitam.
Semoga tip ini member manfaat
kepada yang memerlukannya sekian.